Sunday, July 20, 2008

Laporan Minggu Pertama,Hari Pertama

Isnin, 14/7/2008

Para pelajar Latihan Industri perlu melapor diri di bilik mesyuarat pada jam 8.10 pagi di kompleks USAINS Holdings Sdn.Bhd di tingkat 2. Para pelajar diberi taklimat menngenai latihan industri ketika melakukan latihan industri di USM seperti peraturan, pakaian, adab, cuti dan lain-lain oleh En. Rasyid Baba. Semasa taklimat, kami diberikan satu fail kedatangan oleh Pn. Hashima untuk merekod kedatangan pelajar latihan industri. Selepas itu, para pelajar dipecahkan mengikut penyelia masing-masing. Saya, Azizuddin dan Muaz Razin telah diletak dibawah penyelia En.Shahrizal Nazri. Kami telah diberi tugasan pertama oleh penyelia kami iaitu dengan mencari maksud USM, PPKT dan juga ITIL. Sesudah itu, kami ditempatkan di Biz Lab untuk tempat kerja kami.

No comments: