Thursday, July 31, 2008

Laporan Hari Keemapt

Khamis, 31/7/2008

Pada pagi itu, penyelia kami telah memanggil kami tetapi penyelia kami ada mesyuarat yang beliau perlu hadiri. Kami meneruskan kerja seperti biasa sehingga tengahari. Pada petang itu, En. Shahrizal, penyelia kami ada datang dalam pukul 3.00 petang untuk memberitahu pembentangan mengenai ITIL akan dilakukan pada keesokan harinya dan disuruh bersiap sedia.Kami juga diberitahu cara-cara untuk mendapat melalui blog.

Wednesday, July 30, 2008

Laporan Hari Ketiga

Rabu, 30/7/2008

Hari ini, seperti biasa, saya lapor diri di Eureka. Baru saja nak duduk, kami telah dipanggil oleh En. Amran yang juga merupakan pegawai PPKT untuk membantu dia melakukan tugas-tugas khas di bilik OMPD iaitu bilik penyediaan data. Kerja ini habis dalam jam 10.30 pagi.

Tuesday, July 29, 2008

Laporan Hari Kedua

Selasa, 29/7/2008

Seperti biasa, saya melapor diri di Eureka pada pukul 8.10 pagi. Sesudah itu, saya meneruskan kerja harian saya kerana penyelia kami En.Shahrizal telah berangkat ke Kuala Lumpur dari semalam kerana urusan tertentu. Saya hanya melakukan kerja memeriksa e-mel dan juga blog saja. Dan juga tidak ada tugasan yang diberikan, terasa hari amat lama menunggu.

Monday, July 28, 2008

Laporan Minggu Ketiga,Hari Pertama

Isnin,28/7/2008

Seperti biasa, sya melaporkan diri di bangunan Eureka untuk menjalani latihan industri. Selepas itu, saya meneruskan aktiviti saya seperti biasa iaitu menyiapkan portal PPKT ynag alamatnya appnotes.usm.my/servisppkt iaitu dalam bahagian katalog perkhidmatan. Dalam bahagian ini, saya memasukkan malumat yang berkaitan dengan perkhidmatan untuk menerangkan cara-cara seperti mendaftar, aduan dan sebagainya kepada orang ramai.

Sunday, July 27, 2008

Laporan Hari Kelima

Jumaat,25/7/2008

Pada pagi ini, saya sedang mengemaskini portal ppkt sehingga waktu sembahyang jumaat. Selepas itu, kami pergi ke Expo ICT Promotion yang terletak di Dewan Utama Pelajar dan mengambil risalah disana sebagai bukti yang kami berada disana.

Laporan Hari Keemapt

Khamis,24/7/2008

Seperti biasa, saya telah menyiapkan tugasan saya dan saya menyalin semula ke dalam power point untuk pembentangan. Selepas itu, saya dan muaz dipanggilkan oleh penyelia kami untuk memberikan tugasan baru iaitu cara-cara mendaftar wireless dan mengemaskini portal ppkt

Friday, July 25, 2008

Laporan Hari Ketiga

Rabu, 23/7/2008

Pada jam 8.10 pagi, saya mencatitkan kedatangan saya dalam buku kehadiran kemudian sya teruskan pencarian maklumat untuk tugasan yang diberikan dahulu. Kemudian seorang pegawai yang bernama En.Amran yang pejabatnya berada di belakang Biz Lab yang bernombor 207. Kami diberitahu oleh beliau yang kami akan berpindah dari Biz Lab dalam masa terdekat. Dimana kami ditempatkan masih tidak tahu lagi.

Thursday, July 24, 2008

Laporan Hari Kedua

Selasa, 22/7/2008

Kami meneruskan tugasan yang diberikan oleh En.Shahrizal dengan mencari maklumat sehingga pada jam 4.00 petang dia telah memberikan satu tugasan baru melalui emel iaitu diberi enam tajuk dan pilih satu tajuk dari enam tajuk dan disuruh untuk membentangkan hasilnya di pejabatnya pada hari jumaat.

Laporan Minggu Kedua,Hari Pertama

Isnin, 21/7/2008

Hari ini, kami telah dipanggil oleh penyelia kami, En.Shahrizal untuk memberikan tugasan baru dan menerima pelajar baru dari penyelia mereka, Pn. Siti Hawa kerana penyelia mereka mempunyai sedikit masalah. Semasa perjumpaan tersebut, En.Shahrizal mengingatkan kami supaya mematuhi peraturan di sini ataupun berhenti dari latihan industri. Sesudah itu, pelajar baru ditempatkan di BizLab, tempat kerja kami.

Monday, July 21, 2008

Laporan Hari Kelima

Jumaat, 18/7/2008

Petang, selepas sembahyang Jumaat, kami terus pergi ke pusat komputer untuk meneruskan pendaftaran wi-fi untuk pelajar USM sehingga habis waktu kerja. Sesudah itu, kami memberitahu para pegawai yang hari ini adalah hari yang terakhir kami akan berada disitu kerana kami pergi ke sana dan belajar selama dua hari dan kami berasa sangat bangga kerana dapat belajar dari para pegawai yang berpengalaman.

Laporan Hari Keemapt

Khamis,17/7/2008

Kami pergi ke tempat kerja untuk melapor diri dan sesudah itu kami pergi ke pusat komputer untuk melapor diri kepada En.Shah. Kami diberi tunjuk ajar oleh pegawai disana cara-cara untuk mendaftar wi-fi sebelum diberi peluang untuk membuatnya seorang diri tanpa sebarang bantuan. Pelbagai masalah kami hadapi semasa mendaftar wi-fi seperti alamat mac yang silap, lupa password dan sebagainya

Laporan Hari Ketiga

Rabu,16/7/2008

Petang, dalam jam 4.00 petang, kami telah dipanggil oleh penyelia kami untuk membawa kami ke pusat komputer untuk belajar bagaimana untuk mendaftar wi-fi untuk pelajar USM yang mempunyai komputer riba ataupun yang mempunyai masalah dengan wi-fi tidak kira menghubungkan atau sebaliknya. Kami perlu melapor diri kepada En.Sham pada keesokan harinya. Kami akan berada disini selama dua hari bermula esok, Khamis dan lusa, Jumaat.

Laporan Hari Kedua

Selasa,15/7/2008

Kami datang ke tempat kerja seperti biasa iaitu pada jam 8.10 pagi. Kami merekod kedatangan kami dalam fail kedatangan. Kami mencari bahan mengenai tugasan yang diberikan oleh En.Shahrizal dalam internet.

Sunday, July 20, 2008

Laporan Minggu Pertama,Hari Pertama

Isnin, 14/7/2008

Para pelajar Latihan Industri perlu melapor diri di bilik mesyuarat pada jam 8.10 pagi di kompleks USAINS Holdings Sdn.Bhd di tingkat 2. Para pelajar diberi taklimat menngenai latihan industri ketika melakukan latihan industri di USM seperti peraturan, pakaian, adab, cuti dan lain-lain oleh En. Rasyid Baba. Semasa taklimat, kami diberikan satu fail kedatangan oleh Pn. Hashima untuk merekod kedatangan pelajar latihan industri. Selepas itu, para pelajar dipecahkan mengikut penyelia masing-masing. Saya, Azizuddin dan Muaz Razin telah diletak dibawah penyelia En.Shahrizal Nazri. Kami telah diberi tugasan pertama oleh penyelia kami iaitu dengan mencari maksud USM, PPKT dan juga ITIL. Sesudah itu, kami ditempatkan di Biz Lab untuk tempat kerja kami.